Pages

0

Ada hati?

Pernah tengok papantanda ini? Pernah bagi orang yang berkenaan duduk? renung-renungkan...(gambar pakcik google)





Dah lama tak naik komuter sejak dari zaman belum ada "beg tangan" dengan Encik Tokane...
Dulu berdua bolehlah..lari-lari kejar komuter.. tolak-tolak orang soh masuk lagi jadikan macam tin sardin
Itu dulu lah kan..sekarang..dah ada 2 "beg tangan" nak naik komuter tu kene pikir enam kali...
Bukan nak naik komuter je..nak pergi bercuti ke Kuala Lumpur pun kene buat operasi bercampur..
Nak pergi ke tanak pergi..

Yang nak diceritakan bukannya pasal komuter...
Saya nak cerita pasal orang nak naik komuter...
Baru-baru ni sempena meraikan adik saya berpesta buih konvokesyen..
Kami sekeluarga mengambil kesempatan membawa anakanda-anakanda kami menghayati kesibukan kota..
Daripada rumah adik saya di Shah Alam kami memutuskan nak menaiki komuter sahaja.. lebih mudah sebab En.Tokane dan saya ni ada masalah dalam membaca peta dan papantanda... kompem pegi ke laut punye la (baca : tak sesampai ke tempat tujuan sampai tengah malam)...

So bila dah nama pun pergi waktu orang cuti..hari Sabtu..
Dah tentulah ramai la orang..dan dah tentulah ramai yang kena berdiri..termasuk saya dan En.Tokane..
Dan seharusnya kami kena dukung kedua-dua anakanda kami yang tersayang... takut plak hilang ditengah orang ramai..
Dan seharusnya orang yang duduk hanya tengok sahajalah kan..dengan kata hati "Dah aku beli tiket..aku la duduk.."..errr...saya rasa lah..
Korang rasa kalau korang tengok orang yang macam kami ni dok dukung anak,korang nak bagi duduk tak?
Bagi kot... korang kan warga yang perihatin..

Sama lah dengan sorang budak ni... ketrampilan saya rasa macam ala-ala mamat yang memegang statement pakaian "ape ko pedulik....ko boley jalan..."
Dia duduk sambil membelakangkan saya...dan saya ketika itu cuba mencari kestabilan diri dengan memaut kerusi dia..
Saya pun tak kisah la berdiri terhoyong-hayang dah orang lain tak pedulik dengan kepayahan kami berdua.. saya pun berkata dalam hati "Takpelah..dierang tu tengah jimatkan tenaga nak jalan dengan kekasih..and shopping..aku ni bawak anak je..tak susah pun.."
Tetiba...secara tak sengaja kaki baby bell terkena bahu budak tadi.. ALAMAK!
Tetiba dia pun bangun.... alamak aii...nak ditumbuk nye saya ke...
DAn tetiba jugak dia kata.. "Kak duduk kak.."

Fuh.. ada gak warga prihatin....
Begitu juga sewaktu saya naik tren LRT ke KLCC...
Sekali lagi saya diberi peluang duduk oleh seorang lagi warga prihatin..
Mekasih adik yang tak sempat tanya nama ngan kakak yang nak pi kenduri kat Wangsa Maju..
Keprihatinan anda bakal dibalas Allah jua nanti..

Korang rasa korang macam depa tak?

0 comment:

Back to Top