Pages

Showing posts with label sewing. Show all posts
Showing posts with label sewing. Show all posts
7

Berang kerana Benang?

Setelah berdiskusi dengan En.Tokane saya memutuskan untuk buat entri ni..

*imej pakcik Google

Petang tadi saya seret heret anakanda saya yang berdua tu teman saya pergi beli benang...di pekan GC
Saya tak tau la samada mereka tu rela atau dipaksa .. sebab bila saya kata
"Umi nak pergi kedai..baby boo nak ikut umi..?"
dan anak saya jawab "Yeayyyyyy.."
Kira okie lah kot ..tak terpaksa ..tapi anak saya seorang lagi berserah sahaja kepada tuhan sebab dia tak reti nak membantah..sementelah baru berusia 7 bulan..gigi pun tiada..( but i love you dear..!!)

Sampai di kedai

Togeh Muda: Mau beli apa?
Tomei : Mau cari benang. Ada?
Togeh Muda: Ada.. sana.

Dah cari benang teringat pulak nak beli "bobbin"..aku pun tetiba merangka bobbin ni dalam Bahasa Melayu dia apa...

Tomei: Sekoci ada.. itu tempat letak benang dalam  mesin jahit ..
Togeh Tua: Tadak..tadak..
Tomei : (Bior benor orang tua ni.. takan kedai barang jahitan tak de bender ni ke atau tak tau apa benda sekoci ni..ke aku salah terma)
Tomei : ala itu orang putih panggil bobbin la togeh
Togeh Tua:  saya tak paham apa benda awak cakap.. tak paham bahasa nama itu barang(dengan muka masam dan berlagak..)

Aku pun blah dengan perasaan berbuku..nak je aku hentak meja orang tua tu masa tu
Tapi sebab mengenangkan dia dah tua,aku tarik tangan anak aku yang tak bersalah sambil aku cakap
"Dah sayang kite pergi kedai uncle yang buruk tu..sekurangnya die tak sombong macam orang tua ni..."

dia dengar ke tak lantak ar..harap dia dengar..

Untuk orang tua tu dan kepada yang tak tau "bobbin" tu apa, ni gambo die..

*imej pakcik google - kredit kepada sew and cut
dalam kamus dewan pun benda ni dipanggil bobin atau gelendong..

Dengan ini secara rasminya saya tidak akan menjejakkan kaki ke kedai orang tua berlagak tu..
Mementang la kedai dia cantik,ingat aku tak da tempat lain ke boleh beli benang?

Tapi yang saya hairan juga, ni kali kedua orang macam malas nak layan saya beli barang
Ini kali kedua kejadian lebih kurang macam ni berlaku ..baca sini untuk tau kejadian pertama
Muka saya ni tak macam orang nak beli ke?
Ke macam orang tak ada duit????
Back to Top